Kalau anda buntu tentang jenis daging yang boleh anda gunakan dan resepi mudah untuk memasak daging, tidak perlu risau lagi! Di Daging2u, kami percaya bahawa anda boleh dapatkan daging berkualiti tinggi yang enak dan juga pada harga yang berpatutan.

Biar kami bantu anda dengan memberi beberapa resipi untuk next family-cookout anda yang sudah tentu akan menjadi kaguman semua!


1. Klasik Steak 

Dengan resipi mudah dan halal ini, anda hanya perlukan:

  • 500g daging steak filet
  • 1 sudu teh pes bawang putih
  • ¼ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh serbuk jintan
  • ¼ sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh rempah lemon-lada
  • 3-4 sudu garam, bergantung pada anda
  • 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1 sudu besar jus lemon

Untuk resepi ini, kami sarankan anda untuk dapatkan daging batang pinang atau juga dikenali sebagai tenderloin. Cara masakannya pula amat mudah, pertama sekali, perap daging tersebut dengan bahan-bahan di atas.

Selepas 10 minit, masukkan 1 atau 2 sudu besar mentega ke atas kuali berat dan panaskan sehingga mentega cair. Setelah cair, masukkan steak yang telah dipotong dan tunggu sehingga keemasan di semua sisi dan tambah sedikit air.

Turunkan api dengan perlahan, tutup periuk dan tunggu sehingga daging menjadi lembut. Proses ini hanya akan mengambil masa 12 ke 15 minit. 


2. Sup Daging

Tidak kira cuaca, sup daging merupakan masakan yang kita boleh makan pada bila-bila masa.

Sebenarnya, sup daging ini bukanlah susah mana dan juga tidak mengambil masa yang lama. Untuk resepi ini, kami syorkan anda untuk memilih daging potongan striploin steak, stik mata rusuk, rusuk pendek atau prime ribs. Anda perlukan:

  • Daging
  • 1 atau 2 biji kentang dipotong kecil
  • 1 batang lobak merah
  • Limau kasturi
  • Perasa
  • Daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng

Pertama, daging yang anda gunakan perlu direbus di dalam pressure cooker. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang perlu ditumiskan. Masukkan air, lobak merah, kentang dan masak sehingga kentang lembut.

Setelah daging empuk, masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam daging direbus. Anda juga boleh menambah garam dan perasa.

Tabur bawang dan daun sup sebelum hidang!


3. Beef Stir Fry

Kadang-kadang mesti malas nak masak fancy, jadi resepi stir-fry ini sesuai untuk anda. Dalam bahasa mudah, campak-campak sahaja dah boleh siap. Untuk stir-fry daging ini anda perlukan:

  • 500g daging sirloin, dipotong 2 inci
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 ½ cawan brokoli
  • 1 lada merah
  • 2 lobak merah
  • 1 bawang besar
  • 1 sudu teh bawang putih dicincang
  • 2 sudu besar sos kicap
  • 2 sudu besar bijan dipanggang

Untuk mendapatkan daging sirloin terbaik, anda .boleh dapatkannya di Daging2u, mana lagi! Anda tidak semestinya gunakan sayur-sayur di atas ya, dah nama pun campak-campak, boleh guna apa-apa sayur yang ada

Untuk resepinya pula, anda perlu panaskan minyak dalam kuali dan memasak daging selama 3 ke 4 minit. Seterusnya, sayur-sayur perlu masak untuk 2 minit.

Campur daging, sayur dan masukkan sos kicap serta bijan. Siap dan hidang!

Untuk daging terbaik bagi resepi-resepi di atas, anda boleh lawat laman website Daging2u untuk jaminan daging yang halal serta berkualiti tinggi!

Leave a comment

ThemeREX © 2022. All Rights Reserved.