Sejak 2020, pendapatan median di Malaysia telah menurun sebanyak 11.3%, manakala kos sara hidup makin meningkat. Barangan keperluan seperti sayur telah meningkat antara sebanyak 30 hingga 40%. Ia menjadi semakin susah untuk berbelanja untuk keperluan asas dan mempunyai baki untuk perbelanjaan lain. Kami tahu betapa sukarnya situasi ini, jadi kami telah mengumpulkan 3 cara untuk menambah pendapatan untuk menambah baik gaya hidup anda!

Jual Baju Lama & Barang yang Anda Tak Guna

Ramai orang membazir duit untuk membeli barang yang mereka tidak perlukan. Jadi, kenapa biarkan duit itu dibazirkan? Kalau anda menilai barang yang anda sebenarnya guna lebih kerap, anda tidak akan menimbun barang yang tidak diperlukan. Apabila anda menyedari bahawa barang yang tidak diperlukan ini, anda boleh mengurangkan kerugian dengan mudah. Anda boleh menjual barang tersebut kepada seseorang yang betul-betul akan guna.

Pada masa kini, internet memudahkan proses untuk menjual barang secara online dengan platform seperti Carousell dan Facebook Marketplace. Kalau anda sangat bertanggungjawab dan hanya membeli barang yang anda perlukan, anda boleh menjual pakaian lama. 

Kalau anda bosan dengan pakaian lama anda, anda boleh jual pakaian itu dan membeli yang baru dan lebih bergaya atau letak dalam simpanan anda. Sustainable shopping adalah trend beli-belah yang sangat popular sekarang. Ramai orang muda suka pergi shopping di Kedai Bundle dan Thrift Shops. Oleh itu, pakaian lama anda mendapat permintaan yang besar. Sebaik sahaja anda membeli barang mengikut keperluan dan menjual barang yang anda tidak diguna, anda boleh melihat duit di dalam bank makin naik.

Memperolehi Side Income

Apabila anda bekerja sebuah 9 to 5 job, memang susah untuk cari masa untuk pekerjaan lain yang boleh meningkatkan pendapatan anda. Antara satu cara memperolehi side income yang makin popular ialah freelancing. Freelancing memberi anda kebebasan untuk membuat kerja mengikuti jadual dan kepakaran anda. Menjual perkhidmatan freelance anda senang juga. Terdapat banyak website dan laman social media untuk mengiklankan perkhidmatan anda.

Dengan kemunculan Web 3.0 dan Metaverse, terdapat banyak permainan online yang menjadi ‘play to earn’. Sekarang, orang yang bermain permainan online pada masa lapang, boleh menjana wang sambil melakukan hobi mereka. 

Menjimat Semua Syiling dalam Tabung

Kita sering mengabaikan kepentingan syiling. Kebanyakan kali, syiling dilupa di dalam kereta, beg atau di dalam sofa. Apabila anda hilang syiling, anda tidak peduli, “50 sen je kan?”. Kalau anda tengok kepentingan syiling pada jangka masa panjang, fikiran anda akan tukar.

Sebagai contoh, jika anda membeli boba setiap minggu pada harga RM9.50 dan menyimpan RM0.50 itu dalam tabung, anda sudah menjimat RM26 setahun. Baru nampak penting kan! Dan itu hanya satu contoh sahaja.

urata rakyat Malaysia membelanjakan purata RM85.75 untuk barang runcit. Kalau simpan RM0.25 itu, sudah jimat RM13 setahun. Daripada dua contoh sahaja, anda boleh jimat RM39 setahun. Dengan lenih banyak perbelanjaan yang mengakibtkan spare change, anda boleh menambah pendapatan anda!
Tips ini akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat dalam situasi yang mencabar ini. Jika tips ini membantu, cuba tekan sini untuk melihat 3 cara mudah untuk tambah income yang anda mungkin terlepas pandang.

Leave a comment

ThemeREX © 2022. All Rights Reserved.